KreativeThemes, Venture Terbaru Saya


Jika anda tertanya-tanya kenapa JurnalSEM agak ’sepi’ akhir-akhir ini, inilah jawapannya :

kreativethemes

KreativeThemes adalah venture saya bersama Izuddin Helmi, rakan sekelas saya semasa di SEMESTA (Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah) di bawah startup kami, Kreative Media Lab. KreativeThemes adalah projek flagship kami sebelum kami melangkah ke projek-projek lain yang sudah ‘beratur’ untuk direlisasikan, insyaAllah.

Dan jika anda masih belum tahu apa yang ada di KreativeThemes, di sana kami menghasilkan tema (theme) WordPress (dan CMS yang lain pada masa akan datang) premium dimana fungsi-fungsi dan rekaan design tema ini tidak terdapat pada tema percuma.

Di KreativeThemes kami juga dibantu dijana oleh 5 orang rakan Kreativers yang lain di mana mereka juga merupakan designer dan juga programmer yang cukup hebat dan cukup passionate dengan kerja mereka (Saya sangat suka bekerja dengan mereka yang mempunyai minat yang mendalam dengan apa yang mereka lakukan). Mereka-mereka adalah Bat dari InfoMalaya.com, Gaddafi dari Flisterz.com, Mior Muhammad Zaki dari Crynobone.com, Ajmal Eylia dari AjmalEylia.com dan juga Nur Fathihah dari HelloFath.com.

Setakat ini kami telah menghasilkan 3 tema dan satu diantaranya adalah percuma. Anda boleh melihat tema-tema kami di sini :

select-theme-kreativethemes

Di KreativeThemes saya lebih kepada menguruskan team dan juga merancang dan melaksanakan kempen pemasaran bagi memastikan ianya dikenali seantero dunia. Juga turut tidak lupa saya juga akan mengimplementasikan segala ilmu SEM yang telah saya pelajari ke dalam aktiviti pemasaran KreativeThemes, juga tidak terlepas tema-tema keluaran kami juga akan dioptimasikan supaya ianya benar-benar mesra enjin carian.

Kupon KreativeThemes

Bagi pembaca JurnalSEM budiman, jika anda berminat untuk mendapatkan tema-tema dari KreativeThemes pada harga diskaun sebanyak 40% anda boleh mendapatkan kupon diskaun di sini :

http://amanz.my/2009/10/kreativethemes-membawakan-diskaun-40-untuk-amanz/

…atau di sini :

http://www.infomalaya.com/kreativethemes-himpunan-tema-premium-dari-pereka-laman-web-tempatan/

Topik SEO

Walaupun sibuk dengan kerja-kerja belakang tabir di KreativeThemes, saya juga masih sempat mencuri masa membaca topik-topik terkini berkaitan SEO dan SEM.

Sebenarnya ada beberapa perkembangan terkini berkenaan SEO yang begitu menarik perhatian saya untuk dibuat ulasan, insyaAllah jika saya betul-betul kelapangan saya akan menulis kembali seperti biasa di sini. Bila tu saya pun tak pasti, mungkin dalam masa satu bulan dari sekarang. :)

Bookmark and Share

Posted in KeusahawananComments (16)

MajalahIM Isu 15 – Temuramah Bersama Saya


Agak lama saya tak kemaskini JurnalSEM dengan berita baru, kalau boleh saya tak mahu mengada-adakan sebarang alasan kenapa tiada kemaskini di sini, cukup saya katakan saya sedang bersiap sedia untuk pelancaran laman web KreativeThemes.com bersama partner bisnes saya Izuddin Helmi.

InsyaAllah jika tiada aral melintang dalam seminggu (atau 2 minggu) dari sekarang anda boleh tengok apa yang kami hasilkan di sana. :)

Ringkas saja entri kali ini, saya nak berkongsi dengan pembaca JurnalSEM yang budiman, temuramah saya bersama team MajalahIM untuk isu yang ke 15.

majalahim-15

Di dalam temuramah tersebut saya lebih banyak disoal mengenai bidang yang agak luar daripada kemahiran saya sendiri iaitu pemasaran melalui social networking, walaubagaimanapun saya cuba memberikan jawapan yang terbaik mengikut pengalaman saya sendiri.

Saya tak bercadang untuk mengulas dengan lebih mendalam mengenai temuramah tersebut, anda boleh mendapatkan MajalahIM isu 15 tersebut di sini :

http://www.majalahim.com/buat-duit-dengan-social-networking.html

PS : Bagi pemasaran melalui Facebook anda boleh rujuk buku tulisan rakan saya , Nasrul Amri Samsudin yang merupakan seorang pakar di dalam pemasaran melalui Facebook.

Bookmark and Share

Posted in KeusahawananComments (4)

Do-Follow Hanya Untuk Link Yang Kami Percaya – Digg.com


nofollow

Digg.com merupakan salah satu laman web social bookmark yang paling popular dan setelah sekian lama ia menjadi pilihan para webmaster dan SEO untuk memperkenalkan kandungan-kandungan laman web mereka kepada umum.

Dan Digg juga telah menjadi salah satu platform untuk mendapatkan crawling yang pantas dari enjin carian (Google) sekaligus mempercepatkan kandungan baru di sesuatu laman web itu diindeks. Selain itu Digg juga telah menjadi sumber backlinks mudah bagi mereka.

Atas sebab itulah terdapat segelintir yang mengambil kesempatan untuk menghantar link URL yang berbentuk ’spammy’ dimana kandungan-kandungan yang dicipta tidak memberi sebarang manfaat kepada komuniti Digg.

Sehinggalah pada 2 September lepas, Digg telah mengambil keputusan untuk tidak memberikan kredit ‘do follow’ kepada link-link URL yang mereka rasakan tidak memberi sebarang manfaat serta berbentuk spammy, di mana link-link ini akan di-tag dengan ‘no follow’.

These changes reduce the incentive to post spammy content (or link spam) to Digg, while still flowing ’search engine juice’ freely to quality content

Berita ini disambut dengan baik oleh Matt Cutts :

I think this is pretty smart. Digg isn’t adding nofollow to everything, just the links that they’re less sure about

Kredit imej – SmartPagerank.com

Bookmark and Share

Posted in Berita SEMComments (13)

Panduan SEO Google & Bing


mulut-kuda

Adakalanya panduan daripada ‘horse’s mouth’ adalah lebih berguna dan diikuti daripada panduan-panduan pihak ketiga yang lain, kerana mereka mempunyai akses kepada data-data yang lebih lengkap (seperti graf link) hasil daripada jumlah laman web yang diindeks (yang berjumlah billion digit).

Juga bagi SEO, enjin carian turut tidak terlepas untuk berkongsi sedikit sebanyak praktis-praktis terbaik yang mampu membawa laman web anda untuk mendapatkan ranking yang baik di SERP mereka.

Anda boleh rujuk panduan-panduan SEO daripada Google dan juga Bing di sini :

Googlehttp://www.google.com/webmasters/docs/search-engine-optimization-starter-guide.pdf

Binghttp://www.bing.com/community/blogs/webmaster/archive/2009/09/03/search-engine-optimization-for-bing.aspx

Rahsia SEO?


Jika anda amati balik kedua-dua panduan SEO, apa yang anda dapat lihat adalah tiada sebarang rahsia di dalam mendapatkan kedudukan ranking terbaik di enjin carian. Kedua-dua enjin carian memberikan nasihat supaya anda :

1. Membina laman web dengan kandungan yang berkualiti dan bermanfaat kepada pelawat target anda ;


- Secara ringkas anda membina kandungan untuk pelawat (dan prospek bisnes) anda dan bukannya untuk enjiin carian.

- Kandungan yang berkualiti dan berguna kepada pelawat anda secara tidak langsung akan meningkatkan masa mereka di laman web anda (stickiness) atau mengurangkan ‘bounce rate’ yang (saya percaya) juga menjadi salah satu daripada faktor-faktor ranking enjin carian.

2. Kemaskini struktur laman web anda supaya robot/crawler enjin carian tiada masalah semasa membuat crawling ;


- Contohnya seperti membina struktur laman web yang mudah di-crawl tanpa sebarang gangguan. Laman web yang menggunakan flash sudah semestinya memberikan crawler/robot enjin carian ‘jalan yang sukar’ untuk mereka membuat crawling berbanding laman web yang 100% HTML.

- CMS Wordpress sudah tentunya salah satu CMS terbaik dari segi SEO-nya.

3. Dapatkan inbound links secara natural daripada laman-laman web authoriti (biasanya apabila anda menghasilkan kandungan berkualiti).


- Kandungan yang berkualiti (dan dipromosi dengan cara yang betul) akan mudah untuk mendapat ‘link’ daripada laman-laman web yang lain atas sebab ‘nature’ manusia itu sendiri yang suka berkongsi maklumat-maklumat yang berguna kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Ada anda perasan mana-mana rahsia SEO tak di atas?

*Kredit imej – DennyJuge.com

Bookmark and Share

Posted in Belajar SEO, Bing, GoogleComments (3)

SEO 101 – Memahami Konsol Webmaster Google


Sudah agak lama saya tidak menerbitkan panduan SEO101 di JurnalSEM ini, sebenarnya dalam draft saya sudah ada beberapa entri berkenaan SEO101 yang akan diterbitkan cuma ia masih belum lengkap sepenunhya.

Dan entri ini juga sudah lama di dalam bahagian draft, sehinggalah saya mendapat soalan dari salah seorang pembeli panduan Teknikal Advance SEO Wordpress yang memerlukan saya membuat penjelasan dengan lebih jelas di sini.

Jadi apa yang kita akan pelajari dalam sesi SEO101 kali ini adalah berkenaan dengan konsol webmaster Google.

Apa Itu Konsol Webmaster Google (Google Webmaster Tools – GWT) ?

Secara ringkasnya GWT ini adalah satu sumber khas untuk pemilik laman web atau webmaster untuk mengenalpasti dan membuat analisis terhadap laman-laman web (milik mereka) seperti :

1. Konfigurasi pada laman web samada memudahkan crawler/robot dari Google untuk membuat crawling ;

2. Senarai-senarai katakunci yang memberikan ranking tertinggi kepada laman web mereka ;

3. Jumlah backlinks ke laman web mereka ;

4. Dan lain-lain yang anda boleh lihat di bahagian tepi di dalam dashboard GWT ini :

dashboard-gwt

Konsol Webmaster Google ini boleh diakases melalui link URL di bawah dan memerlukan anda mempunyai akaun Google untuk mendapat kelayakan akses :

http://www.google.com/webmasters/tools/

Apa Manfaat Konsol Kepada Laman Web Saya?

Mungkin soalan ini akan berlegar-legar di dalam kepala anda. Baiklah, jika anda baru mengenali konsol ini, terdapat beberapa fungsi di dalam konsol ini yang sangat membantu anda, dan saya akan pergi satu per satu penerangan berkenaan fungsi-fungsi dan manfaat konsol ini.

Kita mulakan dengan bahagian ‘Site Configuration’ terlebih dahulu :

#1. Sitemaps

gwt-sitemap

Bagi fungsi Sitemaps ini, apa yang disediakan di sini adalah kemudahan untuk anda menghantar sitemap laman web anda untuk membantu memudahkan Google membuat crawling dan indexing kepada laman-laman baru (atau lama) yang masih lagi tiada dalam indeks mereka.

Anda boleh membuat penghantaran (submission) sitemap (dalam format xml atau feed) dengan menekan butang ‘Submit a Sitemap’, seterusnya memasukkan link url sitemap laman web anda.

Setelah sitemap dihantar, anda boleh melihat status sitemap anda dan sekiranya terdapat sebarang error di sitemap anda, Google akan memaklumaknnya di bahagian status serta memberi bantuan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.

#2. Crawler Access

crawler-access-gwt

Seterusnya di dalam bahagian ‘Crawler Access’ ini terdapat 3 fungsi yang berkaitan dengan fail robots.txt (untuk pemahaman lebih mendalam berkenaan topik robots.txt boleh rujuk artikel SEO101 – Memahami Fail Robots.txt ini) iaitu :

1. Test robots.txt

- Fungsi ini mempelihatkan fail robots.txt yang telah anda bina di laman web anda. Di sini juga Google akan memaklumkan samada fail robots.txt anda berfungsi dengan baik ataupun tidak (melalui kod status di bahagian paling kanan).

2. Generate robots.txt

- Fungsi ini akan membantu anda membina satu fail robots.txt bagi laman web anda, sekiranya anda masih belum memiliki fail ini.

3. Removal URL

- Bagi fungsi ini, anda boleh membuat request kepada Google untuk mengeluarkan link URL laman web anda yang anda rasakan tidak perlu berada di dalam indeks Google.

#3. Sitelinks

sitelink-gwt

Seperti yang pernah saya bincangkan sebelum ini, sitelinks adalah senaraian beberapa link url tambahan pada snippet URL laman web di SERP yang dirasakan Google relevan dengan apa yang dicari oleh pengguna.

Dan disini anda akan dimaklumkan dengan senarai link URL yang telah dipilih sebagai sitelinks oleh Google dan anda boleh memilih samada untuk mem-block link url (mengeluarkan dari senarai sitelinks) tersebut atau tidak.

Untuk pemahaman lebih mendalam berkenaan sitelinks ini anda boleh rujuk artikel ini :

http://jurnalsem.com/sitelinks-google/

#4. Change of Address

change-of-address-gwt

Di bahagian ini anda boleh memaklumkan Google alamat URL laman web baru anda (yang akan menggantikan laman web lama yang telah diindeks Google) untuk membantu Google membuat crawling dan indexing dengan lebih pantas di laman web baru anda tersebut.

#5. Settings

settings-gwt

Untuk bahagian ’settings’ ini, anda diberikan pilihan untuk menentukan target geografi laman web anda kepada Google, jenis senaraian domain laman web anda di SERP dan juga tahap kelajuan crawling Googlebot terhadap laman web anda.

Sebenarnya fungsi ini telah memberi ‘peluang’ kepada anda untuk menetapkan di negara mana laman web anda akan mendapat ‘keutamaan ranking’, berdasarkan kepada pilihan anda di dalam ‘Target users in:’.

Dan bagi fungsi ‘crawl rate’, adalah digalakkan supaya anda menggunakan setting yang telah ditentukan oleh Google sendiri, daripada memilih crawl rate anda sendiri.

Seterusnya, untuk bahagian kedua dahsboard ini kita akan pergi ke bahagian ‘Your site on the web’:

#1. Top Search Queries

top-search-queries-gwt

Ini adalah salah satu bahagian yang paling kerap saya pergi. Di sini anda boleh melihat senarai-senarai katakunci yang memberikan laman web anda ranking yang baik di Google, sekaligus memberi maklumat kepada anda samada proses linkbuilding anda sudah benar-benar berjaya, atau tidak.

Turut terdapat di dalam bahagian ini adalah senarai katakunci mana yang mendapat klik daripada pengguna Google.

#2. Links To Your Site

backlinks-gwt

Fungsi ini memberikan senarai jumlah backlinks ke laman web anda (serta laman-laman lain di dalam laman web anda) dimana anda boleh mengetahui laman web mana yang memberikan link kepada anda, dan juga laman mana di dalam laman web anda yang mendapat backlinks yang banyak.

Selain itu anda juga boleh mengtahui ‘teks anchor’ apakah yang digunakan oleh pemilik laman web lain untuk membuat linking ke laman web anda.

#3. Keywords

keywords-gwc

Di dalam bahagian ini Google akan menyenaraikan 200 katakunci yang kerap dijumpai Google apabila mereka membuat crawling di laman web anda.

#4. Internal Links

internal-links-gwt

Fungsinya hampir sama seperti seperti fungsi #2 – Links to your site, cuma di bahagian ini Google hanya menyenaraikan internal linking (linking yang dibuat di dalam laman web sahaja).

Di sini anda boleh melihat laman manakah di dalam laman web anda yang menerima linking yang paling banyak daripada laman-laman lain, sekaligus membantu anda di dalam strategi membina linking dalaman untuk membantu laman-laman tertentu mendapat ranking yang lebih baik.

#5. Subscriber Stats

subscriber-stats-gwt

Bagi fungsi ini, anda boleh melihat jumlah langganan kepada rss feed laman web anda (fungsi sama seperti statistik di Feedburner).

Baiklah, kita sampai ke bahagian akhir di dalam dashboard GWT ini, iaitu bahagian Diagnostics.

#1. Crawl Errors

crawl-errors-gwt

Di dalam bahagian ini, terdapat 3 kategori crawling errors yang dipaparkan iaitu :

1. Web ;

2. Mobile CHTML ;

3. Mobile WML/XHTML.

Dan bagi ketiga-tiga kategori ini Google akan memaparkan sekiranya terdapat sebarang error di dalam bahagian seperti HTTP, di sitemaps, di fail robots.txt, dan lain-lain.

Bagi setiap HTTP error yang dapat dikesan oleh Google akan dikategorikan mengikut kod-kod tertentu, seperti 404, 403, dan lain-lain (rujukan penuh di sini – http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_HTTP_status_codes )

#2. Crawl Stats

crawl-stats

Di bahagian Crawl Stats ini anda akan dapat melihat graf statistik crawling oleh Googlebot terhadap laman web anda.

#3. HTML Suggestions

html-suggestions

Di bahagian terakhir ini, iaitu bahagian HTML suggestions, Google akan menyenaraikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kandungan laman web anda seperti masalah duplicate meta descriptions, duplicate title tag, ataupun kandungan yang tidak boleh diindeks.

Kesimpulan


Baiklah, cukup rasanya apa yang saya mahu capai melalui siri SEO101 kali ini. Apa yang boleh saya katakan adalah, konsol webmaster Google ini akan membantu anda dan juga Google untuk sama-sama memahami kandungan web anda serta anda juga boleh memahami apa kehendak Google demi mendapatkan ranking yang baik di dalam SERP mereka.

Mempunyai akaun di konsol ini adalah satu kewajipan bagi webmaster yang serius di dalam pembinaan dan peng-optimisasi-an laman web yang mampu menarik traffik dari enjin carian Google.

Seperti biasa, jika anda mempunyai soalan anda boleh nyatakan di bahagian komen di bawah.

Bookmark and Share

Posted in Belajar SEOComments (2)

Tips Mendapatkan ‘Sitelinks’ di Google


Saya mendapat soalan dari beberapa pembaca JurnalSEM tentang bagaimana laman JurnalSEM.com boleh mendapat senaraian sitelinks di Google SERP (Search Engine Results Page) seperti ini :

jurnal-sem-sitelinks

Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips yang akan membantu anda mendapatkan senaraian ’sitelinks’ seperti ini untuk laman web anda.

Sebelum itu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ketahui berkenaan sitelinks ini seperti :

1. Google hanya akan menyenaraikan sitelinks laman web anda apabila ianya difikirkan berguna kepada pengguna mereka(pengguna yang membuat carian);

2. Jika struktur laman web anda tidak membenarkan algorithm Google (melalui robotnya) mendapatkan sitelinks yang berguna, tiada sitelinks yang akan diberikan kepada laman web anda;

3. Buat masa sekarang proses penyenaraian sitelinks ini dibuat secara automatik. Ini bermakna jika anda berjaya membodek Matt Cutts pun anda masih lagi tidak boleh mendapat sitelinks ini dengan mudah.

4. Sekiranya anda telah berjaya mendapatkan senaraian sitelinks, anda boleh memilih samada link URL di sitelinks tersebut patut disenaraikan atau tidak. Jika tidak anda boleh memilih untuk ‘block’ melalui konsol webmaster Google, seperti contoh di bawah :

block-sitelinks

Jadi, setelah anda meneliti perkara-perkara di atas saya rasa anda sudah mula mendapat gambaran bagaimana untuk mendapatkan senaraian sitelinks ini.

Dan tanpa melengahkan masa mari baca dan praktiskan tips-tips sitelinks ini.

Tips #1 – Kekalkan struktur laman web anda.


site_structure

*Kredit imej – WilsonWeb.com

Maksudnya disini adalah, jangan terlalu kerap mengubah struktur coding laman web anda. Contoh paling mudah jika anda menggunakan Wordpress sebagai platform laman web anda, jangan menukar tema (theme) yang anda guna dengan kerap (atau dengan kata lain stick kepada tema yang sedia ada).

Dari situ ia akan membantu Google untuk memahami struktur laman web anda dengan lebih mudah sekaligus memudahkan Google untuk menentukan url mana yang sesuai di laman anda untuk diletakkan di dalam senaraian sitelinks. Jika anda rujuk kembali perkara kedua diatas, sekiranya Google gagal memahami struktur laman web anda bermakna tiada sitelinks untuk laman web anda.

(Di dalam ebook Panduan Teknikal Advance SEO Wordpress sendiri saya ada menerangkan tentang praktis-praktis terbaik untuk membina struktur linking dalaman untuk laman Wordpress bagi mendapat kesan positif SEO)

Tips #2 -Tambah kandungan laman web anda secara konsisten.


kandungan

Seperti yang anda ketahui, Google memang sangat suka kepada laman web yang sentiasa dikemaskini. Semakin banyak kandungan yang anda bina, semakin tinggi peluang untuk anda mendapatkan sitelinks.

Dan pendapat peribadi saya, apabila sesuatu laman web itu selalu dikemaskini (bermakna terdapat kandungan-kandungan baru), ia akan menarik perhatian Googlebot untuk lebih kerap membuat ‘crawling’ di laman web anda. Hasil dari kekerapan crawling tersebut ia sekaligus membantu Google untuk memahami struktur laman web anda dengan lebih mudah.

Jika anda perhatikan, kebanyakan laman-laman web yang mendapat sitelinks ini adalah laman web yang mempunyai kandungan yang banyak, dan contoh paling mudah adalah laman web seperti forum-forum dan juga laman ugc (user-generated contents) seperti Wikipedia, Digg, dan lain-lain.

Tips #3 – Beri laman web anda masa sehingga 6 bulan untuk mendapat sitelinks.


Nasihat saya, jangan mudah putus asa mahupun melatah apabila laman web anda yang baru berusia 2 bulan tidak mendapat kelebihan sitelinks ini. Nak dapat ranking yang baik di Google pun mengambil masa sehingga 3 bulan inikan kes seperti ini.

Jadi ingin saya ulangi ayat di atas, beri masa untuk Google memahami laman web anda terlebih dahulu dan apa yang penting anda teruskan membina kandungan-kandungan berkualiti di laman web anda, dan lakukannya secara konsisten.

Tips #4 – Laman web anda mesti mendapat ranking #1 untuk carian kepada jenama/domain laman web anda.


Jika dilihat kembali, laman JurnalSEM.com mendapat senaraian sitelinks apabila anda membuat carian menggunakan katakunci seperti [jurnalsem] dan juga [jurnalsem.com]. Bagi kedua-dua carian laman web JurnalSEM ini telah mendapat tempat pertama tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana laman web lain.

Dan dari situ Google akan melihat laman web anda mempunyai nilai ‘branding’ (kerana pengguna mula mencari laman web melalui nama perniagaan anda/domain) yang kemudiannya diterjemahkan kepada senaraian sitelinks ini.

Untuk carian lain seperti [amirul faisyal], walaupun JurnalSEM turut mendapat ranking #1 namun disebabkan katakunci tersebut tidak menyerupai nama dan juga domain JurnalSEM maka Google hanya menggunakan senaraian one-line sitelinks seperti di bawah :

jurnalsem-one-line-sitelinks

Dan jika laman web anda tidak mendapat ranking #1 untuk carian nama bisnes/domain anda sendiri, apa yang perlu anda lakukan adalah meningkatkan jumlah backlinks ke laman web anda secara konsisten. Saya ada berkongsi cara mendapatkan backlinks seperti dari laman social bookmarking di sini :

http://jurnalsem.com/backlinks-dari-social-bookmarking/

Tips #5 – Hantar sitemap laman web anda ke konsol webmaster Google.


webmaster

Jika anda masih belum menghantar (submit) sitemap laman web anda ke konsol webmaster Google, anda bolehlah berbuat demikian sekarang. Ini kerana salah satu cara untuk membantu Google memahami struktur laman web anda adalah melalui sitemap xml laman anda.

Dan jika anda menggunakan Wordpress, saya ada berkongsi cara memasang dan menghantar sitemap anda ke konsol webmaster di panduan percuma asas SEO Wordpress di sini :

http://jurnalsem.com/panduan-asas-seo-wordpress/

Baiklah, rasanya tips-tips ini sudah cukup untuk membantu anda mendapatkan senaraian sitelinks untuk laman web anda pula. Untuk mempelari dengan lebih mendalam berkenaan sitelinks ini, anda boleh membaca dan mengkaji sendiri patent (baca : geek) yang difailkan oleh Google pada tahun 2005 di sini :

http://appft1.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?Sect1=PTO1&Sect2=HITOFF&d=PG01&p=1&u=%2Fnetahtml%2FPTO%2Fsrchnum.html&r=1&f=G&l=50&s1=%2220060287985%22.PGNR.&OS=DN/20060287985&RS=DN/20060287985

Jika anda mempunyai sebaran pertanyaan, bolehlah maklumkan di bahagian komen di bawah.

Bookmark and Share

Posted in Belajar SEOComments (29)

Lihat Arkib Entri Yang Lepas

Langgan JurnalSEM Terus Ke Emel

Baca entri JurnalSEM terus dari emel? Masukkan emel anda di bawah:

Terima Kasih - FeedBurner

Topik Yang Anda Mahu JurnalSEM Tulis

Jenis Kandungan Yang Anda Mahu Baca Di JurnalSEM

View Results

Loading ... Loading ...

Google Friend Connect @ JurnalSEM

<